Review Samsung Galaxy S25 FE: Ala-ala Flagship Dengan Harga Lebih Masuk Akal
Samsung Galaxy S25 FE
Skrin 6.7" FHD+ DYNAMIC AMOLED 2X 120Hz
Cip Exynos 2400
8GB RAM
Kamera 50MP + 12MP wide + 8MP tele
Kamera selfie 12MP
Bateri 4,900 mAh, 45W
Kepada yang teringin nak pakai S25 flagship atau S25 ultra tapi akaun bank pulak tak strong, takpe. Setiap kali hujung tahun akan keluar versi FE, versi yang masih mengekalkan majoriti fungsi flagship tapi tak payah berbelanja banyak.
Kalau tengok sekali imbas, memang nampak sama macam S24 FE tahun lepas. Tapi sebenarnya ada perubahan kecil yang bermakna. S25 FE tahun ni sebenarnya lebih nipis dan lebih ringan. Dulu 8mm sekarang 7.4mm. Dulu 213 gram sekarang 190 gram je!
Skrin kalau baca specs sheet 6.7" Dynamic AMOLED 2X mesti korang ingat skrin sama je. Tapi S25 FE tahun ni bezel dah nipis berbanding tahun lepas.
Chipset pulak pakai Exynos 2400. Ini chipset lama dari S24 series lah. Okay je kalau nak pakai buat browse internet, social media bergaduh kat threads pasal topik lelaki provider, kecam fatah amin kahwin semua tu ok je. Kalau nak gaming pun mostly ok je. Kalau heavy games tu mungkin kalah sikit dengan jenama naga.
RAM? Masih 8GB sama macam S24 FE tahun lepas. Haiyaa Samsung, kalau boleh up sikit 12GB serupa dengan S25 flagship tu kan best.
Kamera belakang dia ambik kamera sama tahun lepas letak sini. 50MP main, 12MP ultrawide dan 8MP telephoto. Tapi untuk kamera selfie ada upgrade ke 12MP sensor sama dengan S25 series.
Walaupun lebih nipis & ringan, bateri lagi besar tambah 200 mAh dari tahun lepas jadi 4900 mAh. Lepas tu fast charging dulu 25W sekarang 45W yay tq samsung!
Tapi apa yang paling saya suka ialah software Samsung. Pada saya this is the real king of android. Gemini integration kat Samsung paling best. Satu contoh ialah test ambik selfie tutup muka guna sudu ni. Samsung paling pandai generate balik muka. Jenama lain jadi smudge.
Kelebihan utama S25 FE ni ialah, dia masih mengekalkan majoriti fungsi AI yang sama ada kat flagship S25 series. Lebih baik dari A series yang tak semua fungsi ada.
Last, harga. Kalau korang ingat lagi tahun lepas S24 FE launch harga dia RM3299. Tapi S25 FE launch dengan harga RM200 lebih rendah dari tahun lepas...
8GB + 256GB: RM3,099
8GB + 512GB: RM3,699
(Maksudnya nanti bila sale dia lagi murah dan lagi berbaloi la!)
Tak percaya korang boleh check harga terkini dari resellers:
- Thundermatch Shopee (Klik sini)
- Pocketsmarts Shopee (Klik sini)
Kalau saya mencari phone dengan AI features yang mantap, tapi saya tak sanggup berhabis banyak nak angkat S25 Ultra, memang S25 FE inilah phone yang saya akan beli.
Apa pulak pendapat korang?
Comments
Post a Comment